Kebelakangan ni tular kat media sosial berkenaan satu ajaran yang disifatkan menyeleweng iaitu Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) diketuai oleh seorang wanita dikenali sebagai Sittah Annur berusia 39 tahun.


Sittah Annur atau Masitah Ab Jalar telah membuat ‘kecoh’ susulan kenyataannya yang meramalkan akan ada Perang Dunia Ketiga yang bermula di Sabah.

Wanita tersebut akhirnya berjaya ditahan di rumahnya di Shah Alam.

Temui resit bank pemindahan duit lebih Rm80K

Menurut kenyataan dari Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields berjaya menemui satu resit transaksi ke akaun banknya melibatkan jumlah duit yang agak besar iaitu


Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu.

Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad S.A.W.

Dia jugu turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah.

Wanita yang berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam ini turut menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

[fbcomments]