Usahawan sensasi terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi khabar gembira berhubung pembelian sebuah jet peribadi yang berjaya dimilikinya baru-baru ini.

@papalarisofficial

Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin๐Ÿ™๐Ÿป #i

โ™ฌ Anak kampung – ๊ง ๐‘น.๐’Œ๐’‚๐’š_๐‘ถ๐’‡๐’‡๐’Š๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๊ง‚

Aliff Syukri Miliki Jet Peribadi Hasil Usaha Jual Jeruk Mangga Bersama Anak Sulung

Menurut hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, Aliff menyatakan bahawa pencapaian itu merupakan salah satu rezeki yang diperoleh hasil daripada usaha menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

โ€œAlhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,โ€ tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dan anaknya dilihat meninjau bahagian dalam jet berkenaan sambil menunjukkan kemudahan serba mewah yang terdapat dalam pesawat tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-rata memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kejayaan berterusan buat mereka sekeluarga.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo!, pesawat jenis Cessna 172 yang dikaitkan dengan pembelian tersebut merupakan antara model paling popular dalam kategori milikan persendirian, dengan anggaran harga bagi unit baharu sekitar RM1.6 juta.

Bagaimanapun, Aliff tidak mendedahkan secara terperinci harga sebenar pesawat yang dibelinya.

Kredit: TikTok aliffsyukriterlajaklaris, Kosmo!

 

[fbcomments]