Seorang lelaki telah didapati berpura-pura cacat dengan tujuan meraih simpati orang ramai untuk membeli rendang yang dijualnya pada harga yang mahal.
Video di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/zpwye5CxYyeG1xjV/?mibextid=WC7FNe
Lelaki Sihat Tubuh Badan Pura-Pura Cacat Demi Raih Perhatian
Menurut perkongsian video oleh seorang pengguna Facebook bernama Eja Isa, insiden ini telah menarik perhatian ramai dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Eja Isa menceritakan bahawa dia menyedari lelaki tersebut menjual rendang di sebuah kawasan taman perumahan sambil menggunakan kerusi roda.
“Minggu lepas, lelaki ini berjualan menggunakan kerusi roda, kononnya kakinya cacat dan tidak boleh bergerak di kawasan taman perumahan,” kata Eja.
“Kakak saya membeli dua paket rendang daripadanya. Dia datang ke rumah kami sambil menjerit-jerit di tengah panas. Kami kesian sebab dia nampak seperti OKU.
“Walaupun hati tak nak beli, kami beli juga untuk membantu. Rendang tersebut dijual pada harga RM25 dan dia bergerak dari satu taman ke taman lain,” ceritanya.
Namun, Eja mendapati bahawa kualiti rendang yang dibelinya adalah kurang memuaskan kerana setiap paket hanya mengandungi seketul daging bersaiz dua ibu jari.
Apa yang membuatkan Eja rasa tertipu adalah apabila dia melihat lelaki tersebut berdiri dan mengangkat barang-barangnya masuk ke dalam kereta, termasuk melipat dan mengangkat kerusi rodanya.
“Hari ini, depan mata saya, saya lihat ‘orang cacat’ yang sama itu berdiri dan mengangkat barang masuk ke dalam kereta. Sebelum itu, dia berjual menggunakan kerusi roda dari satu kedai ke kedai lain. Ini sudah kali kedua saya kena scam. Modus operandinya adalah berpura-pura cacat untuk meraih simpati orang ramai,” luah Eja.
Eja berharap agar lelaki tersebut berniaga dengan cara yang jujur tanpa menipu orang ramai.
“Kesian kepada mereka yang betul-betul cacat kerana terpalit dengan tindakan seperti ini. Nak buat jualan dengan cara macam ini, berkat atau tidak? Tak tahulah. Ini peringatan untuk diri saya sendiri,” ujarnya.
Kredit: FB Eja Isa