Tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang kanak-kanak lelaki mengambil alih peranan bapanya dalam urusan mengazankan dan menanamkan uri adiknya yang baru lahir kerana ketiadaan bapanya disisi.
@nursyifaa1709 Membalas @aquarius disini umi aku masyallah ikut nangis🥹emng karna disatu sisi sedih kan lahiran anaknya ga didampingi suaminya ,ditambah bapa aku juga kebetulan lagi kebandung,jadi ga ada laki2 selain anaknya tth aku ini yang satu2 harus ngadzanin bayi mamahnya🥹masyallah dengan suara yang amat sangat merdunya a aku tth ama aumi aku ikut terharu🥹🥰sing janten anak anu sholeh tur ngabanggaken keluarga a🤲🏻🫶🏻🥹#masyallahtabarakalllah❤ #adzanqurdi #daengsyawal #adzanviral #adzanmerdu #fypシ #brandatiktok #samsulmaarif #samsul #samsultenjo
Video Raih 31 Juta Tontonan Di TikTok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nursyifaa1709 di laman TikTok, difahamkan kakak iparnya terpaksa bersalin tanpa suami disisi dan kanak-kanak tersebut mengambil peranan bapanya untuk mengazan dan menanam uri adiknya disebabkan ayahnya tidak dapat pulang segera kerana kerja. Melihat daripada video tersebut, kanak-kanak lelaki itu dilihat melaungkan azan di tepi telinga adiknya yang baru dilahirkan sehingga membuatkan netizen terpesona mendengar alunan yang dilaungkan.
“Dekat sini ibu saya pun menangis sama. Memang dari satu sudut, sedih kan beranak tapi tak ada suami di sisi. Ditambah pula bapa saya juga kebetulan dekat bandar. Jadi tak ada lelaki lain selain anaknya itu. Jadi anak saudara saya yang satu ni harus azankan bayi.
“MashaAllah dengan suara yang amat merdu. Saya dan ibu terharu si anak soleh itu membanggakan keluarganya,” katanya.
Anak Saudara Pernah Memasuki Pertandingan Tilawah Al-Quran
Tambah Syifa lagi, beliau memberitahu bahawa anak saudaranya itu juga pernah menyertai pertandingan tilawah al-Quran. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan kemerduan suara azan yang dilaungkan kanak-kanak itu disamping ramai yang mendoakan semoga anak ini menjadi anak yang soleh dunia akhirat.
![]()
![]()
Kredit: TikTok nursyifaa1709