Seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat dalam kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran Tol Sungai Besi semalam.

Video di bawah:

https://x.com/mynewshub/status/1903808007940755566?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Berteduh Di Lorong Kecemasan, Penunggang Motosikal 76 Tahun Dirempuh

Insiden tersebut menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila rakaman video kejadian berkenaan dikongsi secara meluas oleh pengguna internet.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, memaklumkan bahawa mangsa, seorang penunggang motosikal berusia 76 tahun, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siasatan awal mendapati motosikal mangsa berhenti di lorong kecemasan untuk berteduh daripada hujan sebelum dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang. Pemandu kenderaan yang terlibat, seorang lelaki berusia 40 tahun, telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak berkuasa meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/0269 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

 

 

[fbcomments]