fbpx

Seorang pengawal keselamatan cedera ditampar pemilik kenderaan yang berang tayar keretanya dikunci.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang di kawasan perumahan di Batu 9, Kajang ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta terbabit kerana diparkir di tempat yang tidak dibenarkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, pengawal keselamatan itu tiba-tiba didatangi seorang lelaki dipercayai pemilik kenderaan berkenaan dan memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat sebelum bertindak menamparnya.

Suspek yang tidak berpuas hati itu turut melakukan ugutan mahu mencederakan mangsa serta majikannya.

Walau bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai kontraktor berusia 40-an itu telah berjaya ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.

[fbcomments]