Dah berapa hari ni tular beberapa screenshot perbualan di antara seorang penghantar makanan dan customer yang nyata menaikkan kemarahan netizen.
Menerusi screenhsot tersebut yang asalnya dikongsikan seorang pengguna Facebook, Muhammad Jefrey pelanggan berkenaan bukan sahaja bertindak biadap dengan menggunakan bahasa ugutan malah turut mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada penghantar terbabit sewaktu membuat pesanan.
Tambil beri penjelasa dianiaya
Setelah tular, wanita tersebut teruk dikecam oleh netizen. Akhirnya tuan punya badan tu pun tampil jelaskan perkara sebenar.
Menurut N. Nabila atau nama singkatannya Bell’s Rizz menjelaskan yang dia dan suami telah dianiaya. Bukan sahaja identiti nya dicuri malahan individu tidak bertanggungjawab tersebut turut menggunakan foto miliknya.
Saya terkejut kerana gambar tersebut memang gambar saya dan suami. Tetapi nombor telefon yang digunakan bukan nombor telefon saya dan suami. Dia guna gambar saya sebagai profile WhatsApp dan juga nama saya atas no akaun telefon tersebut.
Buat laporan polis
Susulan dari itu dia membuat laporan polis memandangkan isu berkenaan telah memburukkan nama dan imejnya sehingga ramai menyangka dia adalah individu disebalik mesej perbualan tersebut
Saya menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan foto saya serta membuat onar(cari pasal) bagi tujuan memburukkan nama saya dan suami.