fbpx

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur pada Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM tidak akan mengeluarkan dasar atau prosedur operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri ini.

Katanya, sambutan hari raya tahun ini perlu dibuat di luar kelaziman dan berbeza.

“Memang ada kelaziman kunjung-mengunjung dan ziarah kubur setiap kali menjelang hari raya. Tetapi, kali ini di luar kelaziman dan kita kena lihat cara bagaimana kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan cara tiada kunjung-mengunjung atau menziarahi kubur.”

“Apa yang penting kita kena putuskan jangkitan dan kalau boleh beraya secara tertutup iaitu sesama keluarga saja dan kurangkan aktiviti berkunjung dan kalau boleh jangan.”

“Hanya tahun ini saja dan jika kita boleh patuh kepada nasihat KKM, kita boleh putuskan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat kita.”

“Sebab Covid-19 masih ada di dalam komuniti, jadi kalau kita terdedah dan membawa pulang virus ke rumah dan kita menjangkiti mereka yang berisiko tinggi.

Ini adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya di pihak kesihatan dan kerajaan, tetapi setiap individu dan keluarga perlu ambil iktibar dan jaga diri sendiri.

[fbcomments]