fbpx

Pada minggu lepas dilaporkan seorang selebriti popular Malaysia, Shuib Sepahtu ditahan selama hampir 24 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelas Shuib, dia dipanggil ke suruhanjaya terbabit untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur… Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.

Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan.

Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang.

Buka 3 cawangan Bubble Bee & hidup mewah

Kalau nak tahu, inilah puncanya kenapa si Shuib tu kena panggil SPRM. Katanya ada sejenis mangkuk ni, join venture bukak sampai 3 cawangan Bubble Bee dengan menggunakan duit haram macau scam.

Pembukaannya tu cuma nak cuci duit je. Tutup mata masyarakat.

Macau scam tuan2 puan2 kalau nak tahu..Scam yg call korang bagitahu korang ade buat jenayah pastu kene bercakap dgn polis kat telefon.. pastu kau kena transfer duit kat bank korang masuk akaun mereka..

Babyanamoi dan hafiz.hov income sebulan 3juta telah beli 5 outlet bubblebeemalaysia dalam masa kurang satu tahun.

Posted by AF Viral Empire on Ahad, 4 Oktober 2020

Tengok lah kehidupan dia ni, mewah tak mewah :

Bos besar dah kena tangkap

Terbaru, heboh pula mengenai penahanan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri dan Datuk oleh SPRM dipercayai terlibat dalam kes penipuan sindiket atau ‘macau scam’ ni.

Dikatakan, lelaki berpangkat Datuk Seri itu adalah ketua atau bos yang selama ini menjalankan aktiviti ‘macau scam’. Mereka ni dikenali dalam kalangan selebriti tanah air dan sering menjalani kehidupan serba mewah dan sering berparti.

Korang pernah dpt call dari Scam? Ini la bos dia! Dah kena tangkap pun! Macau Scam terbesar di Malaysia ditangkap…

Posted by Viral Oh Viral on Ahad, 4 Oktober 2020

Dijaga anggota polis

Difahamkan lagi, katanya ada pegawai polis yang terlibat jaga mereka ni. Tapi sejauhnya kebenaran tu tak pasti pula. Kita tunggu dan lihat. Mohon pihak SPRM dapat selesaikan dengan segera. Jangan ada berat sebelah.

Terlibat judi dalam talian

Menerusi laporan Kosmo! Online,selain aktiviti pengubahan wang haram, individu terbabit turut didakwa terlibat dalam judi dalam talian.

Serba sedikit kisah hidup macau scam malaysia addy kanna

Posted by AF Viral Empire on Sabtu, 3 Oktober 2020

Dulu dok jaga kedai-kedai mesin judi. Tahu-tahu meletop siap dapat title dato bagai… Dari awal dulu aku tunggu juga bila nak terciduk… finally boom! – Netizen

[fbcomments]