fbpx

Setelah beberapa hari berada di zon kritikal wad kecemasan akibat mengalami pendarahan ketika membuang air besar, pelakon veteran Jaafar Onn disahkan telah meninggal dunia.

Meninggal Dunia Di Hospital Serdang

Menurut laporan Mstar, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada usia 73 tahun. Khabar duka tersebut disahkan oleh rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat berita tersebut daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.

“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia. Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi. Sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi.

Hanif berkata, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah. Beliau juga memberitahu doktor sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi.

Berita selanjutnya bakal menyusul.

Kredit: mStar

[fbcomments]