Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu video di platform TikTok yang memaparkan dirinya bersama kucing peliharaan kesayangan, Juhee.
@choiseri_eina My cat is my emotional support.
Wajah Kim Seri Jadi Perhatian, Netizen Spekulasi Pembedahan Plastik
Menerusi kapsyen yang disertakan, Kim Seri menjelaskan bahawa Juhee bukan sekadar haiwan peliharaan, sebaliknya menjadi sumber sokongan emosi buat dirinya dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
Namun begitu, tumpuan netizen lebih terarah kepada perubahan pada wajah Kim Seri yang kelihatan berbeza daripada sebelumnya. Rata-rata bertanyakan sama ada beliau telah menjalani prosedur pembedahan kosmetik, khususnya melibatkan bahagian mata dan hidung.
![]()
Difahamkan, Kim Seri kini sedang giat mempromosikan sebuah pusat pembedahan plastik di Korea Selatan dan tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan sendiri untuk sebarang rawatan yang dijalani atau ditawarkan. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai sama ada benar dirinya telah menjalani sebarang prosedur.
Bagi mengelakkan spekulasi berlebihan, Kim Seri turut mengehadkan ruangan komen di video tersebut, dipercayai bagi mengelakkan komen berunsur negatif daripada warganet.
![]()
Setakat ini, beliau masih memilih untuk berdiam diri berkenaan segala persoalan yang ditimbulkan oleh netizen.
Kredit: TikTok choiseri_eina, TikTok beautifulnara