Dikala kanak-kanak lain sedang bergembira bersama keluarga, namun tidak bagi seorang adik yang kurang bernasib baik ini. Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terpaksa hidup susah bersama neneknya yang sudah uzur dan terpaksa menumpang rezeki serta ihsan orang kampung untuk menolong dua beranak ini akibat ketiadaan punca rezeki.
Sorong Nenek Uzur Sepanjang 20KM
“Kanak-kanak berusia 11 tahun terpaksa menyorong neneknya yang merupakan seorang pesakit strok dari Kok Lanas ke Kg Batu 8 jalan Kuala Krai menggunakan kerusi roda rosak selepas tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan lalu akibat diserang penyakit stroke”, pecahan ciapan yang dikongsikan oleh @Irdkservices di laman Facebook mereka.
Mereka juga menyatakan bahawa sebelum ini warga emas tersebut bekerja sebagai pencari besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun yang lalu, namun disebabkan beliau diserang angin ahmar, mereka dua beranak kini hilang punca rezeki yang tetap.
Terpaksa Tumpang Di Bahagian Dapur Rumah Arwah Ibu Tiri
Difahamkan lagi, dua beranak tersebut juga dapat berlindung di bahagian dapur rumah arwah ibu tiri kanak-kanak tersebut buat sementara waktu selain mengharapkan belas kasihan dan ihsan dari jiran tetangga.
“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan lampin dewasa. Bayangkan 5 pek lampin dewasa pun sudah berharga RM100 lebih. Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka. Basikal kerana cucunya terpaksa berjalan kaki jauh juga untuk membuang lampin pakai buang neneknya di tong sampah”, tambah mereka lagi.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Berat ujian untuk si adik yang masih muda usianya. Rata-rata mereka ini mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan selalu.
Kredit: Facebook lrdk services