Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang, namun ditemukan dengan selamat selepas enam hari tidak pulang ke rumah.
Difahamkan kanak-kanak terbabit bertindak menghilangkan diri kerana takut dirinya dimarahi oleh ibunya kerana ponteng sekolah tanpa pengetahuan orang tua.
@scoopdotmy ‘Saya tak boleh garang sangat, nak kena buat macam kawan’ demikian janji Mohd Chairil Anuar Mahmud selepas anaknya, Siti Dhia Batrisyia ditemui. #dhiabatrisyia #kanakkanakhilang #srirampai #beritatiktok #beritaviral #newsattiktok #trendingnewsmalaysia
Keluarga Syukur Anak Ditemukan Selamat
Menurut laporan media sebelum ini, adik Siti Dhia Batrisyia Chairil Anwar, 12, berjaya ditemui oleh orang awam di sebuah restoran mamak, dan dikatakan dia merayau bersendirian selama dia menghilang.
Susulan kejadian itu, bapa kepada Dhia meluahkan rasa syukur apabila anaknya ditemui dengan usaha dan berkat orang ramai, menerusi satu video sesi temu ramah bersama @Scoopdotmy di laman TikTok.
Kata Mohd Chairil Anuar Mahmud lagi, selepas ini beliau akan cuba mengawal ketegasannya dengan anak-anak dan akan melayan anaknya seperti rakan, iaitu tak perlu terlalu lembut dan tak perlu terlalu tegas.
“Bila saya tegas sangat, garang sangat dengan anak, jadi macam ni lah, saya tak nak berulang lagi, kalau ada apa-apa kena bawa berbincang,” jelasnya ketika ditemu ramah.
Dhia Mohon Maaf Atas Tindakannya Itu
Dalam pada itu, Dhia Batrisyia turut memberitahu punca sebenar mengapa dia tidak mahu pulang ke rumah. Katanya dia ponteng sekolah bersebab, namun bimbang ibu bapanya akan memarahinya, dan disebabkan itulah Dhia bertindak untuk melarikan diri dari rumah kerana takut dimarahi.
“Sebab masa itu takut kan, kita ponteng benda baik (KAFA) sebab mak dengan ayah tak percaya kan. Sebab itu, terus keluar. Tak rancang pun, kita macam takut jadi terus keluar tak fikir apa pun,” katanya.
Dhia juga memohon maaf kepada semua pihak termasuk kedua ibu bapanya dan orang ramai yang membantu dalam pencariannya.
“Nak minta maaf sebab lari, janji tak buat lagi dah. Saya minta maaf juga sebab korbankan masa, terima kasih,” ucapnya.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang kurang gemar dengan tindakan dan tingkah laku yang ditunjukkan Dhia dalam video berkenaan kerana Dhia dilihat sambil lewa dan menganggap perkara ini tidak membahayakan dirinya yang masih bawah umur itu.
Kredit: TikTok Scoopdotmy