Prihatin dengan perjuangan petugas perubatan dalam melawan wabak Covid-19, seorang kanak-kanak Yasmin Saman Ahmad menyerahkan duit tabung miliknya sejak di usia 2 tahun untuk disumbangkan bagi membeli Alat Perlindungan Diri.
Baru berusia 6 tahun
Budak berusia enam tahun itu ditemani ibunya ke sebuah organisasi kemanusiaan di Kota Makassar Indonesia sebelum membuka tabungnya berbentuk ikan yang tersimpan duit sebanyak Rp448.800 (RM120).
“Bantuan ini untuk doktor dan petugas perubatan di hospital untuk membeli APD. Terus semangat.”

Menurut ibunya, dia menunaikan hasrat Yasmin apabila anaknya tergerak hati untuk menderma selepas melihat keadaan barisan hadapan yang kekurangan APD.