fbpx

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia antara dua hingga tiga tahun terbaring berdekatan kawasan loji di kawasan Taman Juara Jaya.

Jumpa dekat kawasan loji

Menurut laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak itu ditemui dengan memakai baju-T berwarna merah, memakai seluar putih dan tidak memakai selipar.

Dia ditemui dalam keadaan terbaring dan tiada sebarang butiran maklumat peribadi kanak-kanak lelaki berkenaan diperolehi yang boleh membantu bagi mengesan warisnya.

Terdapat banyak bekas luka

Menurut individu yang terjumpa kanak-kanak itu, dia mendapati terdapat banyak kesan luka di bahagian badan. Malah kanak-kanak tersebut juga berkelakuan seperti trauma ketika dikata mahu dihantar pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kajang dan masih ditempatkan di Unit Kecemasan hospital terbabit untuk rawatan lanjut.

[fbcomments]