Penyanyi terkenal, Shila Amzah tampil memperjelas dakwaan mengenai insiden yang berlaku ketika sesi ‘sound check’ konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY baru-baru ini, sekali gus mendedahkan identiti sebenar individu yang terlibat.

Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DMENtfsBniZ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Shila Amzah Dedah Identiti Penyanyi Legenda Yang Serangnya Ketika Rehearsal Konsert

Dalam satu sesi temubual bersama pihak media semalam, Shila menafikan dakwaan netizen yang sebelum ini mengaitkan nama Datuk Awie dan Ratu Rock, Ella, sebagai individu yang menyerangnya dalam kejadian berkenaan.

Sebaliknya, Shila menjelaskan bahawa penyanyi yang dimaksudkan adalah bapa kepada pelakon popular, Nabila Huda.

“Saya nak betulkan salah faham. Ia bukan Kak Ella, bukan juga Datuk Awie. Tolong berhenti kaitkan nama mereka. Individu yang terbabit ialah bapa kepada Nabila Huda,” jelasnya.

Menurut Shila, laporan polis yang dibuat sebelum ini bukan bertujuan menjatuhkan reputasi mana-mana pihak, tetapi kerana beliau merasakan tindakan yang berlaku terhadapnya adalah sesuatu yang tidak wajar dan perlu dipertanggungjawabkan.

“Saya buat ini bukan nak burukkan nama sesiapa tapi apa yang salah, salahlah. Apa yang menyebabkan sesuatu negatif kepada orang lain salahlah. Benda ini tak sepatutnya berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, siasatan pihak polis mengesahkan bahawa keterangan telah diambil daripada seorang penyanyi legenda yang dikaitkan dengan insiden berkenaan. Difahamkan, serangan lisan terhadap Shila berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung dakwaan beliau mencampuri urusan peribadi keluarga penyanyi terbabit.

Kredit: Gempak, Instagram abpbh36

 

 

[fbcomments]