Isu pelakon wanita yang mengaku tersuka dengan suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz menjadi semakin hangat apabila dia tidak menampilkan diri di press conference drama lakonannya hari ini.
Bella Astillah yang merupakan artis kelahiran Sabah itu menekankan kenyataannya bukan fitnah dan tidak berasas. Bella telah memuatnaik perbualan dengan Sophia Albarakbah di Instagram miliknya pada petang Rabu.
Menerusi tangkap layar tersebut menunjukkan Sophia cuba meminta maaf kepada Bella kerana mempunyai perasaan terhadap Aliff. Pelakon tersebut turut mengaku dirinya bodoh dan tidak sengaja menyukai pelantun lagu “Sayang Sayang “itu.

Dont tell my parent
Bella juga ada ingin bertemu ibu bapa Sophia berikutan pengakuan yang dilakukan. Namun, Sophia dipercayai merayu agar isu ini tidak sampai ke pengetahuan orang tuanya, memandangkan ayahnya yang mempunyai masalah jantung.

Dalam hantaran yang sama, Bella mengakui tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut. Namun, tindakan tersebut diambil disebabkan heroin drama tersebut terlebih dahulu memberi ulasan mengatakan tidak mahu melibatkan satu Malaysia dalam masalah peribadi itu.

Aliff Aziz sewaktu sidang media Ku Akad Kau Dengan Bismillah mengaku yang heroin drama dimaksudkan isterinya ialah Sophia tanpa menyebut nama. Katanya, drama tersebut adalah satu-satunya drama yang dia sedang jalani penggambaran.
Sumber: Instagram Bella Astillah