fbpx

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh bapa kandungnya menggunakan objek tumpul di Kampung Sungai Dua, Bachok.

Badan bayi dilumur garam

Ketika ditemui, badan bayi tersebut penuh dilumur garam dan mayatnya dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, mangsa (bayi tersebut) turut mengalami beberapa kesan lebam di bahagian badan dan paling teruk dileher kanan dan kiri mangsa.

Berikutan dengan itu polis menahan bapa bayi tersebut yang bekerja kampung, berumur 40-an untuk siasatan lanjut.

Mungkin ada kaitan ajaran sesat atau masalah mental

Ketua Polis Daerah Bachok berkata berdasarkan siasatan awal mendapati bapa bayi terbabit dipercayai mengalami gangguan mental.

Walau bagaimanapun, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anaknya itu ada kaitan dengan ajaran sesat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.

Suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.

Ibu mangsa alami trauma

Dalam laporan Harian Metro, ibu mangsa turut ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Namun kini wanita itu sedang berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami trauma.

Terdahulu, mayat Wan Mohamad Afiq telah ditemui oleh sepupu ibu mangsa apabila wanita itu menelefon meminta bantuan.

Ketika sampai, sepupunya itu telah memecahkan pintu rumah dan melihat wanita tersebut bersama bayi yang telah meninggal dunia sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

[fbcomments]