fbpx

Cadangan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Kamarudin Md Noor untuk mempromosikan musim tengkujuh sebagai waktu untuk menarik pelancong mendapat pelbagai reaksi, baik daripada pihak kerajaan mahupun orang ramai.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kamarudin mengusulkan agar aktiviti pelancongan di negeri Kelantan dipergiatkan sepanjang musim tengkujuh, dengan menyarankan “luncur air” dan promosi makanan tradisi sebagai daya tarikan.

@fandi_awani

#banjir #fyp #kelantan #air

♬ original sound – Fandi | AstroAwani Kelantan – Fandi | AstroAwani Kelantan

Tak Sensitif Dengan Mangsa Banjir

Menurut Kamarudin, walaupun musim tengkujuh sering dikaitkan dengan kesulitan, pihaknya berusaha untuk menjadikan musim ini sebagai satu peluang untuk merancakkan industri pelancongan negeri. Beliau turut menyatakan bahawa ramai peniaga terkesan dengan penurunan jumlah pengunjung pada musim tersebut, dan oleh itu, usaha mempromosikan aktiviti menarik bagi pelancong sewajarnya diteruskan.

Namun, cadangan tersebut tidak diterima baik oleh banyak pihak. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dengan tegas menolak idea tersebut, menyifatkannya sebagai kurang wajar. Beliau menyatakan bahawa banjir adalah musibah yang melibatkan nyawa, keselamatan, dan kerugian harta benda, dan tidak seharusnya dijadikan produk pelancongan.

Ramai yang meluahkan rasa tidak setuju dengan cadangan tersebut, dengan sesetengahnya menganggap idea ini sebagai tidak sensitif. Beberapa pengguna Facebook menyifatkan cadangan ini tidak sesuai, memandangkan banjir yang melanda sering mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Ada yang menyatakan rasa kecewa, mendakwa bahawa kerajaan negeri Kelantan seolah-olah mengambil kesempatan atas musibah yang berlaku.

Namun, tidak kurang juga suara yang mempertahankan cadangan Kamarudin, dengan mereka menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan adalah aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan musim tengkujuh dan bukan banjir itu sendiri.

Beberapa individu berpendapat bahawa Exco Kerajaan Kelantan sebenarnya merujuk kepada aktiviti seperti luncur ombak di pantai yang terkenal dengan ombak kuat ketika musim tersebut, selain promosi makanan tradisional seperti ikan sungai dan ubi kayu yang menjadi pilihan ramai sepanjang musim tengkujuh.

Kredit: TikTok fandi_awani, FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

[fbcomments]