Dah beberapa hari ini kecoh di social media mengenai perselisihan faham antara pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bersama influencer serta penyanyi rap Caprice sedang hangat diperkatakan.
Berikutan itu, ramai yang tampil ‘mencelah’ dan memberi pendapat masing-masing termasuklah juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berpendapat kedua-dua pihak tersebut seeloknya berdamai dan perlu berlapang dada.
Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa. Itu hal peribadi, kedua-duanya sahabat saya, pernah datang bertemu.
Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada.
Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dibidas oleh pembantu peribadi (PA) kepada Ustaz Ebit Lew. PA Ustaz Ebit, Arief berkata ia berpunca daripada tindakan Caprice yang memerli pendakwah disegani ramai itu dengan menggunakan beberapa perkataan seperti ‘hero pulang Malaysia’ dan ‘berkopiah putih’.
Kau yang beri bayangan perli acah hero pulang Malaysia lah, kopiah putih dan mainan. Selepas itu kau cakap siapa makan cili dia terasa pedas. Kau yang mula perli-perli dulu.
Pokok tidak bergoyang kalau tiada angin. UEL tidak usik kau pun. Kau fitnah sindir perli dia memang dia terasa. Memang patut kena sekat. Kau buat orang sakit hati.
Arief turut berkongsi perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang mana Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, meminta Ebit membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu berbangkit di sana.