Seperti yang kita semua maklum, vaksin Covid-19 telah pun tiba di Malaysia. Rakyat di negara ini kini boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksin Covid-19 bermula pada 1 Mac 2021
Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera

Pendaftaran untuk vaksin boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera. Tetapi anda perlu kemas kini kepada versi 1.0.28 untuk pendaftaran vaksin.
Setelah selesai mengemaskini aplikasi tersebut, pengguna harus mencari butang vaksinasi Covid-19 yang ada pada skrin utama MySejahtera. Selepas pengguna klik pada butang tersebut, pengguna dapat melihat dan mengemaskini profil untuk memastikan semua informasi diri adalah betul.

Setelah disahkan, pengguna boleh terus mendaftar untuk vaksinasi. Pengguna juga boleh perhatikan bahawa Fasa 1 yang bermula pada 24 Februari hanya untuk Frontliners. Namun, pengguna boleh terus meneruskan proses pendaftaran dan pengguna akan diberitahu ketika fasa seterusnya bermula.
Untuk mendaftar, pengguna perlu menjawab 4 soalan yang merangkumi minat anda untuk diberi vaksin, jika anda mempunyai sejarah penyakit, sama ada anda terdaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) serta alamat rumah anda sekarang.
Fasa 2 akan berlangsung dari April hingga Ogos 2021 dan ia merangkumi 9.4 juta orang yang melibatkan warga emas (60 tahun ke atas), kumpulan berisiko tinggi dengan penyakit kronik dan orang yang ada kecacatan.
Fasa 3 pula bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022 yang akan merangkumi 13.7 juta orang. Ini akan merangkumi semua populasi dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Semua warganegara dan bukan warganegara disertakan dan vaksinasi ditawarkan secara percuma.