Celine Dion, 54 memuat turun dalam Instagram miliknya pada Khamis, 8 Disember 2022 bahawa dia terpaksa menunda konsert jelajah “Courage” di Eropah, sekali lagi.
Celine Dion telah menamatkan 52 persembahan pertama pada konsert tersebut sebelum Covid-19 melanda dunia pada Mac 2020. Namun, selepas dari wabak tersebut beberapa persembahan terpaksa ditunda dan ada yang dibatalkan disebabkan masalah kekejangan otot yang sering dialami.
Dion berkata dalam video yang berdurasi 5 minit 14 saat itu, “Saya seorang yang suka berterus-terang. Saya tidak bersedia untuk membuat kenyataan sebelum ini, tetapi sekarang, saya sudah bersedia.”
Rupa-rupanya, penyanyi tersebut didiagnos penyakit yang sangat jarang berlaku.
“Saya telah didiagnos dengan penyakit saraf Stiff-Person syndrome yang sangat jarang berlaku dan dideritai hanya satu dalam sejuta orang.“
Penyakit itu menjawab persoalan kesemua kekejangan otot berterusan yang Dion pernah hadapi sebelum ini. Penyakit itu juga telah memberi kesan terhadap kehidupan seharian penyanyi tersebut. Dia mengalami kesukaran untuk berjalan dan menggunakan peti suaranya untuk menyanyi seperti biasa.
Dengan nada kesal, penyanyi yang popular dengan lagu My Heart Will Go On itu berkata, ” Ini bermaksud saya belum bersedia untuk meneruskan konsert jelajah saya pada Februari depan.”
Penyanyi kelahiran Kanada itu juga berkata, walaupun dia tidak sabar untuk bertemu peminat, tetapi buat masa ini dia perlu fokus tentang faktor kesihatan yang dihadapinya. Dion menjelaskan dia mempunyai pasukan doktor yang bekerjasama dengannya untuk membantu proses rawatan.
“Saya bekerja dengan sport medicine therapist untuk mengembalikan kekuatan saya. tetapi saya akui ianya merupakan perjalanan yang sukar.”
Menjengah ruangan komen, ramai peminat yang mendoakan kesihatan penyanyi tersebut dan memberi kata-kata sokongan.


Selain itu, rakan artis turut mencoret kata-kata semangat buat penyanyi tersebut.



Menurut National Institute of Neurological Disorders and Stroke, NIH, Stiff-person syndrome merupakan penyakit saraf yang amat jarang berlaku. Pengidap penyakit ini akan menunjukkan simtom seperti kekejangan otot badan, tangan dan kaki. Mereka juga lebih sensitif dengan bunyian, sentuhan dan stress yang juga menjadi punca kekejangan otot tersebut.
Penyakit ini amat jarang berlaku dan hanya satu dalam sejuta disahkan mengidap penyakit ini.