Sebuah momen yang sepatutnya dipenuhi hiburan dan sorakan bertukar menjadi tular di media sosial apabila sepasang individu yang hadir ke konsert Coldplay baru-baru ini dikesan dalam situasi mencurigakan di hadapan ribuan penonton.

@instaagraace

trouble in paradise?? 👀 #coldplay #boston #coldplayconcert #kisscam #fyp

♬ original sound – grace

CEO Kantoi Berperlukan Dengan Rakan Sekerja di Konsert Coldplay, Netizen Bongkar Identiti Pasangan Curang

Insiden itu tercetus ketika persembahan berlangsung, apabila skrin gergasi di lokasi konsert menyiarkan rakaman pasangan tersebut menerusi segmen ‘kiss cam’, iaitu satu tradisi popular dalam acara hiburan di negara Barat, di mana pasangan yang dipilih kamera akan digalakkan untuk menunjukkan kemesraan mereka di hadapan penonton.

Namun reaksi spontan pasangan berkenaan menimbulkan tanda tanya. Lelaki yang mulanya dilihat memeluk wanita dari belakang kelihatan terkejut sebaik wajah mereka dipaparkan di layar utama. Dia segera meleraikan pelukan dan berusaha menyorokkan wajah, manakala wanita di sisinya turut menutup muka dalam keadaan panik.

Tindakan mereka itu bukan sahaja mencuri perhatian penonton di lokasi, malah vokalis Coldplay, Chris Martin sempat berseloroh dengan berkata, “Kalau ini bukan hubungan sulit, mungkin mereka sangat pemalu,” yang disambut dengan gelak ketawa dan sorakan daripada hadirin.

Klip rakaman kejadian yang dimuat naik ke media sosial kemudiannya menjadi tular, sekali gus mencetuskan pencarian identiti individu terbabit. Tidak lama selepas itu, netizen berjaya mengenal pasti bahawa lelaki tersebut ialah Andy Byron, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma perisian bernama Astronomer, manakala wanita itu pula dikenali sebagai Kristin Cabot, Ketua Sumber Manusia di syarikat yang sama.

Apa yang lebih mengejutkan, Andy Byron dilaporkan sudah berkahwin, manakala wanita yang bersamanya juga didakwa mempunyai pasangan. Pendedahan itu mengundang kemarahan netizen yang mula membanjiri akaun media sosial isteri CEO berkenaan dengan komen berhubung rakaman berkenaan.

Akibat tekanan yang diterima, si isteri dilaporkan telah menukar tetapan privasi akaun Facebook miliknya dan dipercayai telah membuang nama suami daripada profil peribadinya. Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Andy Byron mahupun Kristin Cabot berhubung isu yang mencetuskan kontroversi ini.

Kredit: TikTok instaagraace

 

[fbcomments]