Menjaga kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian, mahupun di rumah atau di mana-mana tempat. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan sebuah video yang dimuat naik oleh @F4DHiL4HM4D yang berjaya merakam seekor tikus sedang menikmati memakan ayam mentah di kedai jual ayam.
Beli Barang Basah Takut Ada Risiko Macam Ni
Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fadhilah itu, beliau menyatakan bahawa kejadian ini telah berlaku pada dua atau tiga minggu yang lepas, tetapi demi niat untuk dijadikan teladan orang lain, lalu beliau berkongsi video ini di laman TikTok dengan hasrat orang ramai berjaga-jaga untuk membeli barang basah selepas ini.
“Aku share baru korang beringat, video ni pun dah dua tiga minggu baru aku teringat nak share. Masa aku rakam ada orang lain dah bagi tahu. Lantak korang la nak kecam ke apa ke yang penting beringat la membeli lauk basah ni risiko gini pasti ada tu je nak sampaikan”, jelas beliau menulis di ruangan kapsyen.

Terdapat Beberapa Ayam Mentah Lain Turut Dihinggap Lalat
Apabila melihat video tersebut dengan lebih mendalam, ayam tersebut bukan sahaja menjadi santapan tikus, malah terdapat beberapa ayam mentah lain juga dihurung lalat. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Klang, Selangor pada jam 1 pagi. “Saya rasa dia bukan makan je kot. Ikan apa semua sayur dia makan sekali sebab semua terbuka”, ujarnya lagi.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memetik nama kedai Aceh sebagai salah satu kedai yang sering tidak menjaga kebersihan. Namun apa yang paling penting adalah rasa kebimbangan yang mereka luahkan kerana ia boleh menyebabkan datangnya penyakit kencing tikus.



Kredit: TikTok __F4DHiL4HMD__