Tidak dinafikan kerjaya sebagai seorang guru ini memang banyak cabarannya. Bila di rumah, guru menjadi ibu bapa kepada anak-anak sendiri. Bila di sekolah, guru diberi tanggungjawab besar.
Bukan sahaja diberi amanah untuk mendidik anak-anak murid, malah guru juga perlu lebih prihatin serta menjaga anak-anak muridnya dengan baik.
Menjalani norma baru
Sejak terjadinya pandemik Covid-19 ni, semuanya perlu di jalani dengan norma baru. Begitu juga dengan persekolahan.
Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dan lebih bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka di sekolah namun janganlah menyusahkan individu lain.
Sama seperti luahan hati seorang guru ini di laman Facebooknya mengenai cabaran berdepan dengan sesetengah sikap ibu bapa.
Soalan group whatsapp sekolah anak2
Lepas PKP ni group whatsapp sekolah anak-anak tak penuh dengan soalan homework dah. Tapi soalan yang lagi mencabar...
“Cikgu, sorry lupa nak letak nama, anak saya esok nasi lemak ye”
“Cikgu, anak saya kata semalam order nasi goreng tapi dia dapat bihun”
“Eh, kenapa nama anak saya hilang ni? Mohon C&P betul2“
“Cikgu, anak saya semalam order ayam goreng tapi takde sos cili”
Mak ayah banyak songehh
Kami pun anak ramai sekolah. Tapi sebab rasa taknak tambah kerja cikgu, bekalkan je anak-anak apa yang boleh.
Bukan lah lauk hebat pun. Drumet ke nugget ke apa-apa je yang sempat janji ada makanan. Air kosong isi dalam botol.
Jangan la nak expect anak makan time rehat tu macam makan proper ada lauk berjenis-jenis siap ada milo ais sirap bandung pastu complaint takde sos la takde sudu lahh
Sebenarnya cikgu hari2 amik order apa nak mkn esok dr anak2 je. Submit list kat kantin terus. Done. Ni tanya mak ayah, punyalah songeh. Siap ada yang “Hmmm pilihan makanan macam limited. Kesian pulak anak makan menu sama je hari2”
Ko bekalkan la anak tu kak oiii, cikgu tugas dia mengajar bukan pastikan perut anak u kenyangg. Haihhhh..
Bertabahlah cikgu2 sekalian ye. Malam2 ni pun masih ada yang letak order nih. Dia ingat makcik kantin tu bukak 24jam ke?
Banyak cekadak pulak

