fbpx

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa kepada salah seorang pelajar di sekolah agama mengamuk dan berang akibat rambut anaknya digunting oleh guru kerana panjang.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/C84E0n2Sbzf/?igsh=aW1ndTNuNnYyNnVv

“Rambut Panjang Tak Masuk Neraka”

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kian tular itu, difahamkan bapa pelajar tersebut datang ke sekolah untuk memarahi guru terbabit dihadapan anaknya bersama beberapa orang lain di situ.

Si bapa tidak dapat menahan rasa marah apabila bersemuka dengan guru tersebut.

“Yang kau (guru) usik ni bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?

“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu? Kau tahu tak, Rasullah rambut macam mana? Rasullah rambut macam mana? Aku tanya kau!,”tengkingnya.

Tak Beradab Serang Guru Sebegitu Rupa

Tindakan yang dipamerkan oleh bapa pelajar berkenaan boleh disifatkan sangat mengecewakan kerana memberi teguran secara terbuka dan mengaibkan di hadapan orang ramai.

“Layak ke seorang guru yang bergaji kecil dan tak pernah mengharap habuan dunia dilayan begini? Yang mereka jaga adalah anak kita.

“Kita tak mampu jaga anak kita disebabkan kekangan masa kita bekerja dan sebagainya. Jadi, apa salahnya guru dihormati dek kerana kesudian mereka memilih tugas mulia ini.

“Menghormati guru adalah tuntutan agama, jadi kalau guru adalah salah, tegur sehalus mungkin. 

“Bukan aibkan guru sebegini..”tulis Furqan Fawwaz dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dimana rata-rata mereka tidak menyokong tindakan bapa pelajar berkenaan dan anaknya seharusnya mematuhi peraturan sekolah.

Kredit: Instagram furqanfawwaz

[fbcomments]