Sikap toleransi antara guru dan murid amatlah penting untuk membina sebuah hubungan yang baik. Baru-baru ini tular di laman Facebook berkenaan seorang murid meminta izin kepada gurunya untuk menonton filem di bilik tayang dan telah mendapat pelbagai reaksi dari setiap pandangan netizen.
Nak Sambung Tengok Movie Masa Waktu Rehat
Berdasarkan perkongsian yang dikongsi oleh Cikgu Asmadi Samad di laman Facebook miliknya, beliau menyatakan bahawa dia didatangi seorang murid lelaki secara tiba-tiba pada waktu rehat ketika sedang berada di bilik pusat sumber. Katanya, murid tersebut datang berseorangan meminta kebenarannya untuk menonton filem Sea Beast yang sebelum ini tidak sempat ditonton sehingga habis.
“Mengenangkan memang tayangan movie sempena minggu pusat sumber hari tu tak sempat habis, jadi aku pun benarkan. Aku on LCD dan pasanglah cerita yang dia nak sambung tengok hari tu. Tenang dia duduk depan meja sambil mengadap skrin tayangan. Satu demi satu karipap diambil disuap ke mulutnya. Aku memerhati je dari kerusi belakang”, tulisnya berkongsi pengalaman bersama murid tersebut.
Minta Izin Makan Karipap Ketika Tonton Filem
“Cikgu, saya makan dalam ni boleh?” tanya murid tersebut kepada gurunya. “Kalau tumpah nanti macam mana? cikgu takda penyapu dalam ni”, balasnya kepada murid tersebut. Cikgu Asmadi tetap beri kebenaran anak muridnya makan karipap di dalam bilik tayang itu asalkan tidak tumpah dan dibersihkan semula jika ada serpihan yang jatuh.
“Sedap sangat nampak dia mengunyah karipap sambil menonton tayangan percuma. Tapi itulah.. langsung tak pelawa. Dia buat tak nampak je aku”, katanya lagi dalam nada gurauan. Memerhatikan murid itu secara senyap, beliau secara tidak langsung menyedari dan mempelajari mengenai sesuatu.
Kadang Anak Pun Perlukan Masa Untuk Bersendirian
“Agaknya la akan.. anak-anak kita ni pun kadang-kadang perlukan masa bersendirian. Mereka juga pasti ada keserabutan tersendiri. Mungkin ada masanya kita beri mereka peluang untuk duduk merenung dan berfikir. Biarkan mereka duduk di gua buat sementara. Moga mereka kembali ke dunia nyata dengan semangat baru”, tulisnya di perenggan terakhir ayatnya.
Antara reaksi netizen:
Kredit: Facebook Cikgu Asmadi Samad