Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hospital swasta boleh diarahkan oleh Kementerian Kesihatan dalam apa juga cara untuk membantu merawat individu yang dijangkiti COVID-19.


Didenda RM5 Juta

Hospital swasta yang tidak memberikan kerjasama, enggan menerima dan merawat pesakit COVID-19, boleh dipenjara serta didenda sehingga RM5 Juta.

Menurut beliau lagi, Ordinan Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan memudahkan tugas kerajaan mengatasi penularan COVID-19 khususnya dalam konteks kesihatan.

Justeru, ini jelas pihak hospital swasta wajib membantu KKM menerima dan merawat individu yang dikesan dijangkiti COVID-19 tanpa boleh ada penolakan.

Dulu boleh reject, sekarang tidak lagi

Dulu hospital swasta boleh reject (buang) pesakit dan KKM tiada kuasa untuk halang mereka namun di bawah Ordinan Darurat ini kerajaan boleh arahkan pihak hospital swasta ambil pesakit COVID-19, dan jadikan hospital mereka sebagai pusat kuarantin.

Ismail Sabri berkata, semasa pelaksanaan Ordinan Darurat juga kerajaan tidak perlu bimbang dengan isu tidak cukup katil bagi pesakit COVID-19, selepas KKM boleh mengarahkan pihak swasta membenarkan penggunaan wad mereka.


Begitu juga untuk menjadikan tempat seperti hotel sebagai pusat kuarantin, bangunan mereka boleh digunakan.

ATM turut mempunyai kuasa

Ismail berkata, kuasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga setaraf polis dalam melakukan tindakan ketika darurat.

Kalau dulu ATM hanya boleh tahan PATI (pendatang asing tanpa izin) sementara polis datang ambil, tapi dengan darurat, kuasa tentera sama dengan kuasa yang ada pada polis, kita boleh tangkap dan kalau ada lokap kita boleh bawa terus ke lokap.

Beliau berkata, begitu juga dengan majikan yang gagal menghantar pekerja ke pusat kuarantin dan tindakan boleh diambil.

Jadi langkah ini lebih mudah kerajaan urus Covid-19.

Ismail bagaimanapun memaklumkan, sesuatu perkara jika hendak dilakukan sepanjang tempoh darurat perlu mendapat perkenan Agong terlebih dulu sebelum dilaksanakan.

[fbcomments]