Semalam Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura ada melaporkan 931 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlahnya 13,624 kes.
Dalam satu kenyataan di sini, MOH memaklumkan peningkatan itu disumbangkan oleh majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja manakala hanya 15 kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap.
Daripada jumlah semalam iaitu 12,693 kes, Singapura mengklasifikasi 10,525 kes dari asrama pekerja asing atau kira-kira tiga peratus daripada jumlah kira-kira 323,000 pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
“Kebanyakan kes berkenaan melibatkan sakit ringan dan menerima pengawasan dalam fasiliti pengasingan komuniti atau wad umum di hospital. Tiada seorang pun daripada mereka menerima rawatan di unit rawatan rapi.”