Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran keras bahawa rakyat negara itu akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.
Tiada sebarang tolak ansur
Berucap secara langsung di televisyen, Duterte juga berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan yang dianggap sebagai satu jenayah serius ketika ini.
Tegas Duterte, rakyat perlu memberi kerjasama dengan mematuhi arahan duduk di rumah sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak itu.
Menampung jumlah pesakit yang tinggi
Pada masa sama, ia bagi memberi ruang kepada sistem kesihatan negara itu yang dilihat berhadapan cabaran besar untuk menampung jumlah pesakit yang tinggi, lapor Reuters.
“Ia semakin teruk. Jadi saya tekankan lagi sekali betapa serius masalah dihadapi negara ketika ini dan anda semua perlu mendengar.
Tembak sampai mati
“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati.
“Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan ‘kebumikan’ kamu,” tegasnya lagi.
Setakat 2 April, Filipina mencatatkan 2,311 kes jangkitan dengan 96 kematian selepas negara itu melaksanakan perintah berkurung pada 14 Mac. Hmmm agak-agak kalau Malaysia ikut macam tu, ada tak rakyat yang masih berdegil??