fbpx

Gelombang pandemik yang semakin menggila ini sememangnya begitu menakutkan. Malah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit yang tidak ada harapan sembuh tidak lagi diberi mesin ventilator kerana sangat terhad di setiap hospital.

Seorang pengguna Twitter telah menceritakan perihal ibunya yang perlu ‘berkorban’ bagi memberi laluan kepada pesakit yang positif.

Difahamkan ibunya, Raja Nahzar Hasnah Raja Mahmud yang menghidap penyakit batu karang perlu menunggu untuk menjalani pembedahan kerana jadual doktor yang penuh.

Namun apa yang menyedihkan, selepas sebulan bertahan, ibunya telah dibawa ke wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara susulan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru.

Bukan itu sahaja, malah difahamkan biarpun pernafasan ibunya sudah tahap kritikal, namun dia tidak boleh diberikan bantuan ventilator kerana bekalannya yang terhad.

Mereka tak dapat bagi machine ventilator tu sebab katanya mak aku memang dah tak ada harapan. Doktor pun tak boleh nak lakukan procedure untuk buang nanah dalam hempedu mak disebabkan pernafasan mak tak berapa baik.

Jadi mereka tunggu sehari ke sehari. Masukkan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan procedure tu.

Aku tengok mak aku guna oksigen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas.

Kes meningkat beri kesan kepada pesakit lain

Based on my own view. Antara pesakit normal & covid. Sudah tentulah mereka utamakan pesakit covid Kalau kes kematian banyak, report akan sampai ke KKM. Bila report kematian COVID naik mendadak, diorang akan kena soal sebab report tu semua orang tengok everyday. Org akan Panic.

Kalau pesakit normal mcm mak aku siapa nak tengok? Yang lebih utama adalah pesakit covid. Hari2 update akan keluar pasal covid. Aku just nak bagi tahu yg COVID juga memberi kesan dekat pesakit2 normal lain yang tengah kritikal yang juga masih memerlukan treatment.

Aku cerita kat sini aku nak bagi tahu keadaan Hospital di Malaysia sangat kritikal guys. Bukan sahaja pesakit covid, pesakit normal seperti mak aku juga terkesan sebab Covid ini.

[fbcomments]