Ekoran dari penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan mengenai pencegahan virus itu secara umum.
Bagaimanapun, kenyataan pencegahan melalui hidangan makanan singgang ikan dan cuaca panas di Malaysia turut mendapat respon balas dari Dr Amalina Bakri dan Dr Rafidah Abdullah.
Masing-masing kurang setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.
Cuaca panas halang COVID-19
Baru-baru ini tular dakwaan bahawa cuaca panas boleh membantu membunuh virus COVID-19.
Menurut Presiden Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia, Dr Norhayati Rusli dalam sdatu temubual bersama sebuah stesen TV, virus berbahaya itu boleh dibunuh dengan mudah dengan cuaca panas.
“Cuaca panas 25-26 darjah celsius virus tak tahan. Jadi rajin-rajinlah berjemur tu supaya kitra panaskan badan… berpeluh-peluh.”
“Kalau badan kita moist kita senang dapat jangkitan. Tu sebab kalau boleh buka tingkap, jangan buka aircond, matahari lebih bagus disinfect kita punya rumah.”
Masih terlalu awal, tiada bukti kukuh
Bagaimanapun, kenyataan dari laporan pakar berkenaan telah mendapat respon dari Dr Amalina Bakri yang kurang setuju. Dr Amalina sebelum ini juga pernah menulis artikel mengenai perbincangan berkaitan faktor suhu, cuaca dan haba terhadap COVID-19.
“Ramai pakar dan saintis memberi amaran masih terlalu awal untuk diberitahu dan kajian lanjut perlu dilakukan.”
“Saya tidak mengatakan ia tidak benar tetapi pada masa sekarang, kita mempunyai data yang terhad. Jadi saya tidak akan membuat kesimpulan seperti apa yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) “
Cuaca panas tidak membunuh COVID-19
Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi iaitu Dr Rafidah Abdullah turut membidas laporan yang dikeluarkan Prof Dr. Norayati Abd Majib menerusi program berita stesen TV itu.
Dia turut menegaskan bahawa cuaca yang panas tidak membunuh virus COVID-19. Malah, dia turut menasihati agar berita yang belum sahih tidak sepatutnya disebarkan.