fbpx

Seorang lelaki warga asing dibelasah orang awam selepas disyaki cuba menculik dan melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, yang dipercayai berlaku di sebuah restoran di Jeniang, Kedah pada jam 7.30 pagi semalam.

Cuba Melarikan Anak Orang

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Majoriti Official, saksi kejadian iaitu Aliza Bahaudin menceritakan bahawa sebelum kejadian, bapa mangsa meletakkan anak perempuannya itu ke dalam raga motosikal sambil dia duduk bersebelahan kenderaan tersebut.

Namun secara tiba-tiba, seorang lelaki warga asing dilihat menghampiri kanak-kanak tersebut dan dan terus mendukungnya untuk dibawa lari.

Suspek Bawa Sebilah Pisau Ketika Cubaan Menculik Budak

Mengulas lanjut, Aliza turut mendakwa bahawa suspek membawa sebilah pisau ketika cubaan menculik kanak-kanak terbabit. Malah seorang saksi lain turut mengatakan bahawa suspek sempat mengacukan pisau tersebut ke leher kanak-kanak itu sebelum suspek berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang berdekatan yang berada di lokasi kejadian.

Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis dan mangsa kini selamat kembali ke pangkuan keluarganya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kejadian itu.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]