Dua lelaki warga asing dilaporkan telah dicekup polis selepas dipercayai melakukan cubaan jenayah penculikan kanak-kanak di sebuah pasar raya yang terletak di Klang, Selangor baru-baru ini.
Info yang di terima, Cubaan warga asing menculik budak dekat NSK Klang Sentral.
Ada sapa boleh sahkan?
Kalau dia culik budak dia buat apa? Jual organ ke? Jadikan sindikit mengemis? pic.twitter.com/ZwRS69SK0R
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 26, 2024
Cubaan Warga Asing Culik Budak Di Pasar Raya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @MALAYSIAVIRALLL di laman X, ia dapat dilihat kedua-dua suspek warga asing ditahan di dalam pasar raya berkenaan sambil diawasi pihak polis. Dalam video berkenaan, kedua-dua suspek kelihatan terduduk di atas lantai berhampiran kios kecil sambil tangan mereka digari.
Menurut laporan pemberita @redzuanNewsMPB di laman X, difahamkan kejadian berlaku pada 25 Mac semalam, jam 7.30 petang dimana semasa pengadu sedang menaiki eskalator di pasar raya terbabit bersama adik perempuan sambil memimpin tangan anaknya, mereka secara tiba-tiba didatangi oleh dua orang lelaki warganegara asing.
Mereka yang datang dari arah belakang telah mengangkat anak pengadu, namun pengadu terbabit terus menjerit dan menarik semula anaknya hingga mendapat perhatian orang sekeliling. Kedua-dua suspek kemudiannya dikatakan cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam.
Kedua-dua suspek telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari dari Mahkamah Klang bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap situasi yang berlaku dan menganggap kehadiran warga asing di negara Malaysia menjadi punca jenayah semakin berleluasa.
Kredit: X MALAYSIAVIRALLL, reduanNewsMPB