Tindakan cepat dan pantas orang awam menggagalkan cubaan dua suspek lelaki dalam kejadian ragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa baru-baru ini akhirnya ditumpaskan selepas salah seorang daripada suspek berjaya ditahan polis.
Difahamkan kejadian berlaku pada kira-kira jam 7.54 pagi ketika mangsa yang berusia 58 tahun sedang berjalan kaki seorang diri sebelum dia dihampiri dua orang individu menaiki sebuah motosikal yang cuba meragut beg sandangnya.
Tindakan berani dan pantas orang awam berjaya mengagalkan cubaan ragut dua penjenayah terhadap seorang pejalan kaki.
Difahamkan mangsa yang berusia 58 tahun berjalan seorang diri di Taman Desa Wira, Batu Kawa dekat Kuching kira-kira jam 7.54 pagi.
Mangsa didatangi dua lelaki… pic.twitter.com/WC7618BOae
— SinarHarian (@SinarOnline) April 22, 2024
Orang Awam Tumpaskan Peragut
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan iaitu Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong, beliau memaklumkan bahawa ketika mangsa bergelut untuk melindungi begnya daripada dilarikan suspek, sebuah kenderaan yang dipandu oleh orang awam tiba-tiba memberhentikan kenderaannya itu di hadapan motosikal yang dinaiki dua peragut.
“Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya.
Seorang Suspek Berjaya Ditangkap, Seorang Lagi Masih Dikesan
Tambah Jaw Shyong lagi, suspek berusia 20-an yang ditahan itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan. Suspek yang ditahan akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan.
“Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam terbabit dan mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Kredit: Berita Harian, X Sinar Harian