Tidak kiralah selebriti atau usahawan yang terlibat dalam kes sindiket Macau Scam yang sedang disiasat ketika ini, mereka diminta tampil bagi memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
Menurut kenyataan dari Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, pihaknya sudah mengenalpasti senarai nama mereka yang terlibat serta menerima hasil daripada sindiket berkenaan.
Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas.
Tidak perlu tunggu di panggil
Sindiket tersebut menjalankan aktiviti dengan menyerahkan wang dalam bentuk tunai kepada individu berkenaan untuk ‘dicuci’ menerusi operasi perniagaan sah.
Mereka yang mungkin pernah menerima (dana) daripada individu yang ditahan itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil.
Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebaliknya tampil beri kerjasama kepada kami dan kami akan melayan mereka dengan baik.