Isu perselisihan antara pelawak, Amir Raja Lawak dan pempengaruh dikenali sebagai Ustaz Tido terus mencuri perhatian apabila Amir tampil bersuara secara terbuka menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini.
Amir Raja Lawak Dakwa Ustaz Tido Langgar Janji, Luah Ketidakpuasan Hati di Media Sosial
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ustaz Tido yang didakwa tidak mematuhi waktu pertemuan yang telah dipersetujui lebih awal.
Menurut Amir, mereka berdua telah bersetuju untuk berjumpa pada hari Khamis sebelum siaran langsung berlangsung pada sebelah malam. Namun, tanpa sebarang perbincangan lanjut, Ustaz Tido dikatakan hadir lebih awal pada hari yang sama, sekali gus menyukarkan dirinya yang sudah pun terikat dengan komitmen kerja lain.
“Saya dah nyatakan boleh saja jumpa Khamis petang sebelum ‘live’, tapi kenapa pula dia datang lebih awal dan tinggalkan isterinya? Saya tak suruh pun,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Tambah Amir lagi, dia ketika ini turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah jenama kambing perap dan terpaksa berdepan dengan tekanan kerja yang tinggi. Jadual kerja yang padat dikatakan menyebabkan dia sukar untuk menguruskan lebih dari satu perkara dalam satu masa.
“Saya baru saja selesai sesi siaran langsung pada malam Selasa dari pagi sampai malam, dan keesokan harinya pula saya ada ‘live’ di Pantai Irama, Bachok. Sudah tentu saya penat. Jadi, kalau ada masa lapang, semestinya saya nak luangkan untuk keluarga,” katanya lagi.
Dalam nada kesal, Amir turut menegur tindakan Ustaz Tido yang dianggap tidak selari dengan imej dan gelaran sebagai pendakwah.
“Cukup-cukup la malukan ‘title’ ustaz,” ujarnya.
Setakat ini, tiada maklum balas rasmi dikeluarkan oleh Ustaz Tido berkaitan dakwaan tersebut.
Kredit: Facebook Amir Raja Lawak