fbpx

Sepasang pengantin baharu dilaporkan terpaksa bernikah di balai polis selepas si lelaki ditangkap kerana mencuri sebuah motosikal tiga hari menjelang tarikh perkahwinan mereka. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Surabaya, wilayah Jawa Timur pada Isnin, semalam.

Kahwin Di Balai Polis

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Kompas dan Kosmo! Online, suspek dikatakan cuba untuk mencuri motosikal tersebut pada awal pagi, namun cubaannya gagal setelah mangsa terjaga daripada tidur dan menangkap suspek. Suspek tidak sempat untuk melarikan diri dan dia kemudiannya dibelasah oleh penduduk berdekatan sehingga mukanya bengkak, manakala seorang rakan subahatnya sempat menyelamatkan diri.

Suspek iaitu Tomi Fira, 25, mengahwini pasangannya di balai polis Sukolilo kelmarin selepas diberkas kerana mencuri motosikal Honda Scoopy pada Rabu minggu lalu. “Ketika ditangkap, keluarganya datang dan meminta agar majlis pernikahan suspek dan pasangannya boleh berlangsung di balai polis mengikut perancangan asal”, kata Ketua Polis Sukolilo, Komisioner Polis Made Parera.

Terdesak Nak Duit Sebab Nak Beli Cincin Pernikahan Buat Isterinya

Selepas mendapat persetujuan semua pihak, pasangan itu dinikahkan kelmarin di balai polis dengan kedua-duanya memakai pakaian pengantin berwana kelabu. Sejurus selesai dinikahkan, suspek mengakui perbuatannya itu dan menyatakan penyesalan kerana membuatkan isteri dan keluarga sendiri serta keluarga mentua malu besar.

“Maaf, saya berasa malu sekali,” ujarnya.

Suspek turut mendedahkan bahawa perbuatan itu dilakukan kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi membeli cincin pernikahan kepada isterinya.

“Saya mencuri motosikal untuk membeli cincin sebagai mas kahwin. Nampaknya hajat itu tidak kesampaian,” katanya.

Kredit: Kompas, Kosmo! Online

[fbcomments]