Sebelum ini telah tular sebuah video seorang wanita telah mencuri rantai leher seorang kanak-kanak di tapak karnival Jom Heboh Stadium Seksyen 13, petang semalam.
Potong dan tarik rantai leher
Video itu menunjukkan suspek yang mencuri rantai leher seorang kanak-kanak dengan cara memotong dan menarik rantai leher tersebut daripada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu.
Menurut laporan Harian Metro, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan dibuat ke atas suspek susulan rakaman dan laporan oleh seorang wanita di lokasi terbabit.
Laporan polis dibuat sejurus selepas kejadian sekitar jam 5.40pm.
Suspek ada enam rekod lampau
Suspek yang berumur 35 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 6 Jun nanti.Suspek wanita terbabit mempunyai enam rekod lampau membabitkan kes kecurian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Norazizi Samsuri (014-9472881).
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa mengunjungi sebarang karnival dan mengelakkan memakai barang berharga.
Sumber: Harian Metro