Seorang remaja yang juga merupakan pembantu kantin sekolah yang bercuti bersama keluarganya ditemui lemas di Pantai Air Papan, Mersing, Johor pada Sabtu semalam.

Dijumpai Terdampar Di Tepi Pantai

Menurut sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani memaklumkan bahawa mangsa iaitu Mohamad Yasin Abdul Jaleel, 18, dijumpai terdampar di tepi pantai terbabit kira-kira jam 1 tengahari sebelum diberi bantuan oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

“Mangsa (Mohamad Yasin) yang berasal dari Kluang telah dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah di dalam kejadian ini”, katanya.

Arwah Sering Beri Makanan Kepada Kucing & Anjing Jalanan

Berdasarkan kenyataan dari ibu mangsa, beliau memberitahu anaknya itu sering memberi kucing dan anjing jalanan makan dengan sisa jualan yang tidak habis dijual. Allahyarham juga disifatkan meninggal dalam keadaan syahid kerana meninggal dunia sebagai orang yang mati tenggelam menurut pengurus jenazah Afiz Ayub Foundation iaitu Muhammad Syahrul Nizam.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]