Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew yang merupakan salah seorang pendakwah bebas yang aktif dalam memberi sumbangan dan membantu keluarga kurang bernasib baik.
Bahkan, ramai yang turut terinspirasi dengan sikapnya itu. Terdahulu, beliau sering meluahkan hasrat nak menubuhkan kedai runcit dengan menawarkan harga barangan yang murah demi membantu semua golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah kini dengan izin-Nya, beliau berjaya membuka 10 cawangan kedai runcit di sekitar Lembah Klang.
Rindu bidadari di rumah dan anak2…
Namun menerusi perkongsiannya di media sosial, beliau ada meluahkan kerinduannya terhadap isteri dan anak-anaknya kerana sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah disebabkan sibuk membuat persiapan pembukaan cawangan Elewsmart yang lain.