fbpx

Tular apabila ada seseorang telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan papan iklan melampau yang dianggap ada berunsur lucah yang ditayangkan di tepi lebuhraya.

Papan iklan itu menjual produk mandian namun menggunakan illustrasi seolah-olah membawa maksud ‘onani’.

Tak cukup dengan itu, ada pula jenama yang menggunakan perkataan lucah menggambarkan seakan-akan ‘payu dara’. Walaupun ejaannya berbeza namun cara sebut adalah sama.

Produk sabun yang diiklankan menggunakan maksud yang tersirat yang dikaitkan dengan onani. Selaku pengasas produk mereka seharusnya memikirkan cara pasaran yang baik dan bersih dari sebarang unsur lucah.

Terdapat lagi papan iklan produk minuman yang menggunakan perkataan membawa maksud seakan-akan payudara dengan menggunakan tagline yang lucah.

Walau bagaimanapun, difahamkan pihak Majlis Perbandaran Selayang telah pun merobohkan papan iklan tersebut setelah dikecam dan viral di media sosial.

Perlu mendapat kebenaran

Tapi, bukan ke kalau nak pasang papan iklan kena dapat kebenaran? Takkan tak tapis iklan-iklan sebegini?

Menurut individu ini, setiap papan iklan di lebuhraya mempunyai pemilik syarikat periklanan tersendiri dan perlu dapatkan lesen kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan untuk diperiksa oleh Dewan Bahasa dn Pustaka.

[fbcomments]