Lima bulan ibu muda ini menunggu dengan penuh harapan dapat bertemu dengan anak keduanya secepat mungkin . Tetapi dengan kos bayaran yang tinggi mencecah hampir RM30,000 untuk keseluruhan bil dan rawatan hospital maka Nurhalisa terpaksa memohon bantuan pihak kerajaan untuk membantu membawa pulang anaknya.
Tetapi pihak kerajaan tidak dapat membantu sepenuhnya kerana tiada peruntukan untuk bayaran tersebut. Oleh itu, si ibu terpaksa meminta ihsan daripada penderma untuk melunaskan bil hospital dalam jumlah tersebut.
Pintu sempadan negara ditutup punca mereka terpisah
Bayi yang diberi nama Irfan adalah anak kedua sepasang suami isteri warga Thailand yang bekerja di sebuah restoran Tomyam di Kajang Selangor.
Ibu muda berusia 18 tahun itu telah melahirkan anak keduanya dalam keadaan pramatang seberat 1.2kg di Hospital Kajang pada 17 Febuari lepas.
Selepas itu, ibu dan ayahnya terpaksa pulang ke Thailand untuk menyambung VISA yang tamat tempoh pada 18 Mac 2020.
Namun siapa sangka, rupanya kepulangan mereka pada hari tersebut telah menyebabkan mereka terpisah dengan anak yang baru dilahirkan nya itu disebabkan PKP dan semua pintuk keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand di tutup.
Malaysia tidak benar mana-mana warga asing memasuki Malaysia disebabkan penularan Covid-19.
Penantian 5 bulan berakhir
Akhirnya setelah 5 bulan terpisah akibat Covid-19, bayi lelaki yang merupakan warga Thailand ini akhirnya bertemu semula dengan ibunya.
Pihak Kedutaan Thailand di KL telah memaklumkan bahawa bayi akan di bawa pulang ke Thailand pada 5 Ogos dengan menaiki kenderaan sewa khas dari Hospital Kajang ke sempadan Bukit Kayu Hitam dengan ditemani oleh jururawat.
Pada 6 Ogos jam 6 pagi waktu tempatan Nurhalisa telah bertolak dari hospital Pattani bersama dua orang jururawat yang berpakaian PPE ke sempadan Sadao untuk menerima bayi tersebut.
“saya sangat-sangat gembira kerana dapat bertemu dengan anak pada hari ini kali pertama. Ketika saya dakap anak saya terus berkata ini ibu ya .. saya juga mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membawa balik anak saya pada kali ini dan juga kepada dermawan yang sudi menolong saya hingga saya dapat bayar bil hospital” – Nurhalisa
Kuarantin 14 hari
Walau bagaimanapun, si ibu dan anaknya itu perlu dikuarantin sebelum dibenarkan pulang. Pihak hospital di Pattani telah sediakan bilik khas untuk mereka tinggal selama 14 hari.