Selepas isu tentang Faisal Halim mendatangkan kerisaukan dan kegusaran ramai pihak, seorang individu yang dikenali sebagai Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan dikeluarkannya di media sosial mengenai kejadian simbah asid membabitkan pemain squad kebangsaan itu.

Polis Cari Imran Suresh

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya sedang giat mengesan individu terbabit yang mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil kepada polis, bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Siasatan Lanjut Dari Pelbagai Sudut Masih Berjalan Untuk Tahu Motif

Dalam pada itu, pihak polis turut memaklumkan bahawa siasatan lanjut dari pelbagai sudut masih berjalan dan dilakukan terhadap suspek yang ditahan reman semalam.

Terdahulu, kecoh mengenai beberapa hantaran yang dibuat oleh Muhammad Imran Suresh melalui Instagram Story sambil mendakwa dirinya mengetahui kejadian sebenar yang menimpa pemain bola sepak tersebut.

Malah, dia juga mendakwa telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal namun diminta menutup mulut daripada mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Sementara itu, Faisal Halim dalam perkembangan terbarunya dilaporkan semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta, Shah Alam pada petang semalam.

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]