fbpx

Nampaknya cerita mengenai peserta program realiti berbentuk dakwah membuat onar seakan tiada kesudahannya apabila satu lagi finalis rancangan progam Imam Muda terpalit kontroversi rumah tangga.

Ceraikan isteri pertama lepas sambut anniversary

Kali ini, peserta program Imam Muda pada tahun 2014 dikenali sebagai Imam Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34 atau Imam Muda Faris didakwa menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Nur Hidayu diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Dikasari isteri kedua suami

Lebih menyakitkan, dia telah dikasari oleh madunya ketika itu kerana dipercayai bahawa Imam Muda Faris bakal menceraikan salah seorang daripada mereka.

Menurut Nur Hidayu, ketika itu dia baru habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.

Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Nur Hidayu berkata, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya.

Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya.

Memang mengenali wanita itu

Menurut Nur Hidayu, dia memang mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.

Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena.

Nur Hidayu berkata, suaminya hanya memaklumkan dia sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Banyak kali cadang nak berkahwin lain

Turutnya lagi, sebelum ini Imam Muda tersebut pernah beberapa kali bercadang untuk berkahwin lain, namun diminta untuk berfikir terlebih dahulu kerana mereka mempunyai anak-anak.

Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan hasratnya itu termasuk mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat daripada Nur Hidayu.

Sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.

Mempunyai 5 orang anak

Menurut Harian Metro, mereka pernah cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada Syed Faris namun tidak berjaya apabila dia mengelak untuk menjawab pertanyaan diberikan.

“Maaf, saya ada kerja yang perlu diselesaikan dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Untuk makluman, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Malah, sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami keguguran.

[fbcomments]