Semalam, pihak pendakwaan dilaporkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes rogol berkaitan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto terhadap pendakwah kontroversi, Ebit Lew.
Saman Tetap Diteruskan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Ebit Lew di laman Instagramnya, beliau meluahkan rasa syukur kerana dakwaan ke keatasnya itu tidak diteruskan.
Bagaimanapun, Ebit memaklumkan bahawa tindakan saman terhadap mereka yang terlibat masih berjalan sehingga kini.
“Alhamdulillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Jabatan Peguam Negara telah memutuskan kes tidak diteruskan (NFA) berkenaan tuduhan Mondy tatoo pada saya. InsyaAllah saman kepada mereka yang terlibat sedang berjalan,” tulisnya.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan ucapan Alhamdulillah sebaik sahaja mendapat tahu keputusan pihak pendakwaan.
Mereka juga berharap agar Ebit tidak menyelesaikan isu saman terhadap mereka yang terlibat di luar mahkamah.
Terdahulu, peguam bela Ebit Lew iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan bahawa pihak polis selesai menyiasat kes itu dan keputusan pendakwaan supaya tidak meneruskan kes.
“Laporan polis berkaitan kes rogol dibuat Mondy pada 14 September 2023 dan polis selesai menyiasatnya baru-baru ini. Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes. Saya dimaklumkan oleh polis, barang kes seperti telefon bimbit dan kad sim pendakwah itu dipulangkan semalam.
“Dakwaan (merogol) amat serius tetapi tiada kes. Kes (saman) fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya,” jelasnya.
Kredit: Instagram Ebit Lew