Dua pelajar universiti dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman di sebuah kondominium di Taman Melati, di sini, dalam dua kejadian berasingan pada Rabu.
![]()
Dua Kematian Dalam Sehari, Pelajar Universiti Terjatuh Dari Bangunan Tinggi
Menurut polis, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.45 pagi membabitkan seorang penuntut wanita berusia 22 tahun yang ditemui tidak bernyawa di kawasan belakang bangunan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22.
Beberapa jam kemudian, sekitar jam 8.30 malam, seorang lagi pelajar lelaki berusia 21 tahun turut ditemui maut selepas dipercayai jatuh dari bahagian paling tinggi kondominium yang menempatkan kafetaria.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, walaupun kedua-dua kejadian berlaku dalam tempoh singkat, siasatan awal mendapati ia tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Beliau berkata, kenyataan rasmi berhubung insiden itu akan dikeluarkan pihak polis dalam masa terdekat.
Kredit: Sinar Harian