fbpx

Usahawan jamu terkenal iaitu Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menghadiahkan anak lelakinya sebuah kereta dan cek bernilai RM10,000 atas kejayaan dalam memperolehi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

@lianaroslikakkm

tahniah anak mama

♬ original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

Kak KM Hadiahkan Kereta Mewah Dan Cek RM10K

Menerusi video yang dikongsikan Kak KM di laman TikToknya, dapat dilihat beliau menghadiahkan sebuah kereta mewah beserta cek bernilai RM10,000 kepada satu-satunya anak lelakinya. Difahamkan, kedua-dua hadiah tersebut diberi bagi meraikan kejayaan Faris yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

“Faris, sempena kejayaan abang.. first ni kereta… nombor dua.. ni dia (sambil menghulurkan cek),”kata Kak KM.

Hadiah Tiada Nilai, Kejayaan Yang Penting

Kak KM bagaimanapun menganggap hadiah yang diberikan itu tidak bernilai jika mahu dibandingkan dengan kejayaan yang diperoleh Faris bagi keputusan SPM nya itu.

“Takpelah, ingat senang ke nak dapat? Sayang anak mama.. pandai anak mama,”ujarnya.

Meskipun Faris tidak memperoleh semua A, namun Kak KM bersyukur anaknya itu meraih keputusan yang membanggakan, disamping menyifatkan kejayaan yang dikecapi itu adalah berkat daripada solat hajat dan doa keluarganya.

Kredit: TikTok lianaroslikakkm, Instagram farisanakmama

[fbcomments]