Benarlah cinta itu buta dan perbezaan umur bukanlah penghalang untuk dua generasi disatukan sebagai suami isteri.
Menerusi laporan Tribun News, seorang warga emas Tri Sutiyem berusia 65 tahun sanggup menikahi anak angkatnya yang 41 tahun lebih muda daripadanya. Tri disatukan dengan Ardi Waras berusia 24 tahun.
Difahamkan, mereka mula menyulam cinta selepas Ardi menjadi anak angkat Tri. Menurut Tri, dia tinggal sebatang kara selepas bercerai dengan bekas suaminya, 30 tahun lalu.
“Saya kemudian menjadikan Ardi anak angkat. Selama ini tidak punya minat apa-apa, cuma sebulan lalu saya ada bercakap dengan Ardi menyuruhnya segera kahwin.
“Walaubagaimanapun, saya terkejut apabila dia mahu menikahi saya. Umur saya ini jauh lagi tua dari dia, namun saya terima hati yang terbuka,” katanya.
Difahamkan, kedua-dua mereka disatukan dengan mas kahwin Rp100,000 (RM30.21) sahaja.
Namun, apa yang lebih menarik majlis pernikahan mereka mendapat tajaan syarikat pengurusan acara, Dian Gallery yang menaja, gambar, video, pakaian pengantin, alat solek dan dekorasi.