Bangunan Hagia Sophia atau Ayasofia itu asalnya dibina empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.
Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Turki menjadikannya muzium pada 1934.
Lebih 50 tahun kemudian Hagia Sophia itu diiktiraf Unesco sebagai sebahagian daripada Kawasan Bersejarah Tapak Warisan Dunia Istanbul.
Laungan azan pertama setelah 86 tahun berlalu
Setelah 86 tahun akhirnya laungan azan kedengaran buat pertama kali dari Hagia Sophia, setelah bangunan ikonik itu kembali menjadi masjid.
Tetap dengan keputusan mengiktiraf Hagia Sophia sebagai masjid semula, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengetepikan amaran antarabangsa terhadap penukaran status struktur berusia 15 abad itu.
Erdogan membuat pengumuman tersebut selepas mahkamah tertinggi Turki memutuskan tindakan kerajaan terdahulu mengubah status Hagia Sophia menjadi muzium sebagai tidak sah.
Ramai dah mula solat di luar masjid
Meskipun telah diumumkan bahawa pada 24 Julai ini akan diadakan solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, namum penduduk Islam Istanbul sudah tidak sabar, apabila mereka hadir beramai-ramai menunaikan solat, berdoa dan beribadat di pekarangannya.